5.4.18

Life-Less

Hidup - termasuklah makan atau minum, berjaga atau tidur, kawan atau musuh, dekat atau jauh dan... terlampau banyak yang terkandung dan meliputi keseluruhan kehidupan ini. Termasuk hidup dan mati.

Ada masa terlalu banyak perkara yang menyesakkan fikiran sampaikan kau rasa kusut. Nak letak noktah dekat semua perkara yang kau buat supaya kau dapat bernafas dengan tenang. Hakikatnya kau juga tahu kau tak akan mampu untuk meletakkan noktah. Atau segalanya akan jadi kacau bilau.

Jadi.

Ada masanya kau terpaksa menelan segala apa yang kau terpaksa tempuh setiap hari. Dan setiap kali perkara yang membuatkan emosi kau seperti roller coaster setiap hari, jiwa kau terasa sangat terluka dan kecewa pada diri sendiri. Terus menelan apa sahaja, sehingga di tahap maksimum iaitu kau kaku lumpuh dengan perasaan yang statik.

Perubahan kau. Mungkin kau sedar. Atau tak sedar. Kau mula meletup dalam diri. Pecah terburai. Setiap insan di sekeliling kau mula pergi. Jauh dan satu persatu.

Mulalah kau menjadi seorang. Dengan kekacauan dalam fikiran tanpa ada yang mahu menolong. Hanya dilihat dan diperkata.

Ternyata, kau lebih selesa sendiri. Walaupun ada masanya ingin bersama-sama mereka yang pernah hadir dalam hidup lalu.

Takdir mengajar kau agar terus bernafas meskipun kau mula berasa kehidupan semakin tawar dan tiada seri lagi. Kau terus berjalan keseorangan sambil kepala menunduk melihat batu kerikil jalanan. Sambil tangan kekal dalam pelukan poket kosong.

Kehidupan yang lifeless - dead or apparently dead,
Teruskan nafas itu walaupun tiada yang menghargai. Itu semua peluang dari Dia. Kau sendiri tahu berapa juta kali kau berharap agar nafas kau terhenti. Malah kau sendiri tahu berapa banyak dosa yang kena tebus sebelum kau dipermudahkan segalanya di Sana.

Kerana kita ini manusia. Atau individu.
Yang punya kehidupan yang berkait antara satu sama lain seperti cantuman setiap sudut sarang labah-labah. Ya, kau perlu ingat, berkait bukanlah bersatu. Jadi jangan kecewa jika ada insan-insan yang kau benar-benar sayang pergi jauh dari kehidupan.

Ingat ini :

Teruskan kehidupan kau.

Senyumlah walaupun ketika kau menyendiri.

Menangislah ketika semua berpaling meninggalkan kau.

Lepaskan amarah agar hilang beban jiwa itu.

Cari dan gapailah kasih sayang-Nya walaupun berjuta kali kau terus melakukan dosa.


Kehidupan lifeless itu kehidupan kau. Tak akan ada orang yang mampu mengerti kehidupan kau di saat mereka menilai kau dari sudut pandangan mereka.

Sambungkan setiap hembusan nafas dengan kesyukuran kerana kau masih belum tamatkan kehidupan lifeless kau. Kerana kau mungkin masih berpeluang bertemu insan yang akan melengkapi kehidupan kau dan memberi perasaan segar pada diri kau.

Semoga kau insan bertuah itu. Terus berharap yang baik-baik sahaja.

:)

Nah senyum buat kau agar kaupun jua tersenyum sama.
Aku suka bila kau senyum.

6 comments:

  1. Mungkin juga kehidupan kita memberi makna kepada kehidupan orang lain. Nice one :D

    Singgah sini & follow :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you so much for your lovely comment :)

      Delete
  2. woahh nice language used. HAHA btw followed here already.

    Please help me http://purrrhana.blogspot.my/2018/04/tolong-saya-pleaseee.html

    ReplyDelete
  3. Hi there, what a nice post you have! :>

    https://syfkainawrites.blogspot.my/ | Syfka Aina

    ReplyDelete
    Replies
    1. *bow* arigatou syfka aina ^^

      Delete

s . k . e . p . t . i . k . a . l .