15.4.18

Life

This is a crazy life huh?
I don't want to live in this kind of life...
I am going crazy soon.
Help me.
I am dying.
This life is killing me.

.
.
.
.
.
.
.

Ada masa. Kita rasa tak ada masa. Dua puluh empat jam ibarat sesaat sahaja. Pantas berlalu dengan kosong. Sibuk dengan urusan duniawi yang kosong. Buat kita rasa tanpa jiwa melakukan kerja. Sampaikan rasa nak berhenti sahaja.

Tapi tak mampu kerana takut dikecam.
Dan takut itu keputusan terburuk yang mampu mencengkam kerongkongkau kelak.

Hidup sehari-hari dah rasa tak jejak tanah. Dari bangun hingga tidur. Sibuk dengan urusan.
Dan masih ada masa untuk termenung.


"Kenapa kesibukkan buat aku rasa kosong. Takut pada benda yang tak selayaknya. Oh. Aku dah terlalu penat. Aku give up." - mengeluh.


Itu lumrah. Ramai yang begitu. Jiwa yang dipengaruhi dengan bebanan sejuta satu perkara. Penat. Sangat penat.

Dan di akhirnya. Kau kesal dengan segala-galanya.

Tarik nafas. Hembus.

Sejujurnya. Dengan situasi aku sekarang yang aku percaya ramai di antara kita semua sedang melaluinya. Saat dalam hidup yang kau rasa nak bernafas pun tak sanggup. Kalau boleh dihentikan dan diundurkan jauh kembali ke satu detik yang kau sendiri tak ingat tapi terasa nostalgik.
Namun kau juga tahu kau cuma manusia biasa --

Kau bukannya tuhan yang mengaturkan segalanya.

Akur itu tugas kita.
Biarlah seribu penyesalan masih terus memburu kehidupan. Jangan risau. Setiap kehidupan milik kau, aku, dia dan mereka akan sentiasa ada penyesalan.

Jangan kau biarkan penyesalan membunuh jiwa kau. Menjadikan kau tubuh yang hidup tanpa jiwa yang menguatkan setiap sendi tulang belulang diri kau.
Jangan.
Sekali lagi aku katakan --
Jangan.

Aku sendiri mencari sesuatu untuk menguatkan jiwa aku selepas penyesalan hidup hampir mengelar aku.

Percayalah.

Dalam hidup ini, penyesalan akan datang terus menerus. Itupun jika kau jadi aku.
Lulz


Tapi.
Tak kisahlah apa yang berlaku dalam hidup kau. Seteruk apapun penyesalan yang kau rasakan, aku ingin pesan. Fikir dahulu dalam membuat apa-apa sahaja tindakan.

Jangan buat perkara yang boleh merosakkan kehidupan kau sedangkan kau masih boleh perbaiki. Sedangkan kau masih boleh hidup dalam kehidupan kau yang penuh dengan kekesalan itu.

Ingat ini :

Kesal memberikan kau satu pengajaran tentang kenyataan

Tak kisahlah sepedih mana kau ditampar olehnya atau seteruk mana kau ditendangnya

Kerana

Kekesalan itu sebahagian daripada kenyataan yang tak mampu kau nafikan

Dan kenyataan itu tidak semestinya kebenaran yang terselindung dari pandangan buta


Kita semua adalah makhluk yang diaturkan segala oleh-Nya. Penyesalan demi penyesalan semuanya dugaan ataupun balasan dosa silam kita oleh-Nya.

Pesan aku cuma dua. Bersabarlah selagi mampu. Berceritalah pada yang sudi.
Ini sangat penting untuk mental kau kelak.


Ini harapan sado aku buat kalian yang sedang kelemasan dalam kehidupan ini.

Live your life.
Blah daripada kehidupan mereka yang tak perlukan kau !

13.4.18

#puisi 5: REVOLUSI

Daripada ulat beluncas
Sebuah kepompong akan terbuai-buai di celah dahanan pokok
Sesuatu berlaku di dalam kepompong kecil itu
Tidak menghirau mahupun dihiraukan
Tiada siapa yang menghitung detik yang berlalu
Sehinggalah kun fayakun oleh-Nya
Kepompong itu mula terbelah
Ulat beluncas telah menjadi rama-rama
Lihatlah
Sebuah revolusi telah menjelma

@030516
   0221

10.4.18

Tipis

Tiap-tiap tahun. Kau akan bertemu dengan satu tarikh di mana kau dilahirkan.

Tarikh di mana kau rasa semakin tua. Entah gembira, sedih atau kesal. Tak mahu untuk diramal. Dan di antara ruang itu adalah ruang di mana salah satu itu akan menjadi tarikh kematiankau kelak.

Setiap tahun. Atau bulan. Atau minggu. Atau hari. Atau jam. Atau minit. Atau saat.
Peluang kau untuk terus hidup makin tipis, seperi lapisan epidermis bawang merah.

Tidakkah itu perkara yang menakutkan. Buat yang mengerti akan berasa gerun. Gerun terhadap kenyataan bahawa dia bukan ahli dunia semata-mata. Satu hari yang pasti dia akan terhapus dari permukaan bumi. Kekal.
Selama-lamanya.
.
.
.
.
.
.
.
Sehingga hari kebangkitan semula.

Tapi. Kegerunan terhadap mati bukan 24/7 sentiasa bersama kau. Akan ada peruntukan masa buat kita untuk lagha dengan duniawi. Sentiasa ada. Tak pernah tiada. Cubaan kehidupan untuk hidup pada hari ini.

Bersama iman yang tipis. Dan akal yang tipis. Gunakanlah sebaik-baik mungkin. Tak kisah untuk buat kerja gila. Untuk kau kenang bila dah tua. Tapi jangan kerja gila itu buat kau kesal seumur hidup.

Ketipisan jarak waktu hari ini ke sepuluh tahun akan datang tidak akan pernah kau sedar. Sama seperti kau terkejut menghitung kenangan lama kau yang rupanya sudah sepuluh tahun berlalu.
Kerana - kita tidak melakukan perubahan yang drastik dalam hidup. Bergerak secara begitu perlahan bagai siput. Melainkan ada momentum meteor kenyataan menghentam dunia kehidupan kau.

Dan di saat itu berlaku.

Jangab kau buat perkara bodoh. Biarlah iman dan akal setipis kulit bawang. Asalkan kau masih punyainya. Kuatkan diri kau. Yakin pada Dia. Biarlah kau tak mampu berserah segalanya, tapi ingatlah Dia sentiasa ada untuk kau.

Cari mereka yang mahu bersama kau apabila kau bersedih walaupun kau tahu mereka akan hilang apabila air mata kau kering di pipi. Mereka adalah insan yang akan kuatkan setiap sendi-sendi tubuh kau. Tapi, biarpun mereka lenyap begitu janganlah lupa pada kebaikkan mereka.

Baca ini:

Kalau hari ini kau lalui hari yang buruk.

Pandanglah ke langit dan bayangkan mereka yang kau perlukan ada di sisi kau kini.

Biarlah kau menangis kerana rindu. 

Asalkan kau tahu bahawa kau masih punya perasaan.

Teruskan kehidupan kau biar apapun yang berlaku. Tak kisahlah berapa kali kau bertemu lagi dengan tarikh kelahiran kau. Tapi jangan disingkatkan ketentuan tarikh pengakhiran kerana lemah dan bodohnya diri sesaat itu.

Semoga kau terus kuat.
Tolong doakan aku sekali dari jauh.

s . k . e . p . t . i . k . a . l .