Ini Aku.

Assalamualaikum.

Pertama sekali aku mohon maaf kalau ada yang tak selesa jika aku membahasakan diri aku - 'aku'.


Blog ini ditulis atas dasar hobi aku dah bertahun-tahun suka menulis blog. Tapi at the end aku selalu buat baru.

Bahasa yang digunakan dalam blog ini adalah carca marba. Ikut mood aku nak tulis bahasa aku nanti. Tengoklah macam mana aku tulis lepas ni.
Okay aku gurau je. Aku akan menulis menggunakan bahasa melayu campur bahasa inggeris.


Okay.
Apa sebenarnya tentang blog aku ni?
Blog ini mengandungi koleksi puisi-puisi hina aku semenjak dua tahun lepas. Aku juga menulis apa yang aku rasa dalam hati aku tentang apa-apa perkara. Mungkin akan diselitkan dengan aktiviti-aktiviti kebiasaan blogger yang lain. Contohnya join segmen ataupun giveaway.
Aku sendiri pun tak pasti dengan hala tuju masa depan blog ni.



Stop. Serious talk.

Ni sedikit tentang aku.

Aku seorang manusia biasa-biasa yang masih melalui kehidupan yang masih tak tahu di mana penghujung hidup aku. Dilahirkan di KL pada 1997.

Aku bukannya jenis pandai melawak. Atau nak jaga hati orang. Atau nak ambik hati bakal emak mentua. Eh? Aku juga tak ada aura positif yang membuatkan semua orang sukakan aku. Aku tak ada ramai kawan dan bukannya jenis yang pandai menghargai orang di sekeliling aku.
Pendek kata aku ni lebih bukannya manusia sempurna. Lebih banyak parut pada diri dan jiwa aku.

Buat masa sekarang aku masih lagi seorang student tanpa memegang mana-mana gelaran. Yup. A student in fine arts which make me still wondering... why i am here?

Oh. Kau boleh panggil aku T-eim in case rasa semput bila nak sebut Thia Mirash.

Sekian.


No comments:

Post a Comment

s . k . e . p . t . i . k . a . l .