10.4.18

Tipis

Tiap-tiap tahun. Kau akan bertemu dengan satu tarikh di mana kau dilahirkan.

Tarikh di mana kau rasa semakin tua. Entah gembira, sedih atau kesal. Tak mahu untuk diramal. Dan di antara ruang itu adalah ruang di mana salah satu itu akan menjadi tarikh kematiankau kelak.

Setiap tahun. Atau bulan. Atau minggu. Atau hari. Atau jam. Atau minit. Atau saat.
Peluang kau untuk terus hidup makin tipis, seperi lapisan epidermis bawang merah.

Tidakkah itu perkara yang menakutkan. Buat yang mengerti akan berasa gerun. Gerun terhadap kenyataan bahawa dia bukan ahli dunia semata-mata. Satu hari yang pasti dia akan terhapus dari permukaan bumi. Kekal.
Selama-lamanya.
.
.
.
.
.
.
.
Sehingga hari kebangkitan semula.

Tapi. Kegerunan terhadap mati bukan 24/7 sentiasa bersama kau. Akan ada peruntukan masa buat kita untuk lagha dengan duniawi. Sentiasa ada. Tak pernah tiada. Cubaan kehidupan untuk hidup pada hari ini.

Bersama iman yang tipis. Dan akal yang tipis. Gunakanlah sebaik-baik mungkin. Tak kisah untuk buat kerja gila. Untuk kau kenang bila dah tua. Tapi jangan kerja gila itu buat kau kesal seumur hidup.

Ketipisan jarak waktu hari ini ke sepuluh tahun akan datang tidak akan pernah kau sedar. Sama seperti kau terkejut menghitung kenangan lama kau yang rupanya sudah sepuluh tahun berlalu.
Kerana - kita tidak melakukan perubahan yang drastik dalam hidup. Bergerak secara begitu perlahan bagai siput. Melainkan ada momentum meteor kenyataan menghentam dunia kehidupan kau.

Dan di saat itu berlaku.

Jangab kau buat perkara bodoh. Biarlah iman dan akal setipis kulit bawang. Asalkan kau masih punyainya. Kuatkan diri kau. Yakin pada Dia. Biarlah kau tak mampu berserah segalanya, tapi ingatlah Dia sentiasa ada untuk kau.

Cari mereka yang mahu bersama kau apabila kau bersedih walaupun kau tahu mereka akan hilang apabila air mata kau kering di pipi. Mereka adalah insan yang akan kuatkan setiap sendi-sendi tubuh kau. Tapi, biarpun mereka lenyap begitu janganlah lupa pada kebaikkan mereka.

Baca ini:

Kalau hari ini kau lalui hari yang buruk.

Pandanglah ke langit dan bayangkan mereka yang kau perlukan ada di sisi kau kini.

Biarlah kau menangis kerana rindu. 

Asalkan kau tahu bahawa kau masih punya perasaan.

Teruskan kehidupan kau biar apapun yang berlaku. Tak kisahlah berapa kali kau bertemu lagi dengan tarikh kelahiran kau. Tapi jangan disingkatkan ketentuan tarikh pengakhiran kerana lemah dan bodohnya diri sesaat itu.

Semoga kau terus kuat.
Tolong doakan aku sekali dari jauh.

5 comments:

  1. love ur writing on ur puisi puisi.. keep it up.
    follow sini #3

    ReplyDelete
  2. sangat deep entri ini.. :) datang sini dan follow


    Aerill Hassan

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap awak suka entri ni. trimas :)

      Delete

s . k . e . p . t . i . k . a . l .